Ekonomi/Bisnis

Jumaat, 31 Disember 2021

Wayang Kulit Kelantan : Sejarah dan Falsafah

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nk Hassan

Wayang Sulit adalah salah satu budaya Melayu Kelantan-Malaysia. Di sini saya kemukakan sebuah artikel tentang wyang kulit yang ditulis oleh seorang dalang yang terkenal di Kelantan, Malaysia.

 

Wayang Kulit Kelantan : Sejarah dan Falsafah

Abdul Razak Bin Ismail

Persatuan Peradaban Melayu Malaysia

 

 Budaya bermaksud satu cara hidup atau aturan hidup yang tidak dapat dikonsepsikan sebagai satu bulatan yang statik tetapi sebagai satu spiral yang bergerak berterusan dari belakang ke hadapan. Takrifan budaya secara umum pula ialah seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu jenerasi kepada jenerasi yang lain melalui proses pembelajaran. Menurut Kamus Dewan pula Budaya bermaksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

Kesenian dapat dipecahkan kepada dua perkataan iaitu seni dan kesenian. Seni bermaksud karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang diciptakan dengan bakat dan (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian pula bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

 

Di Kelantan budaya dan kesenian yang popular pada masyarakat melayu dahulu yang masih menjadi amalan dan kepercayaan mereka ialah Ulik Bonda, Main Teri, Bidan Ketujuh, Menora, Bageh, Joro atau Blago lembu, junjung pulut, cukur jambul. Kesenian dan adat ini dapat dipecahkan kepada beberapa aspek yang sangat penting untuk masyarakat pada hari ini mengetahui dengan lebih mendalam terutama mengenai perubatan tradisional masyarakat Kelantan pada zaman dahulu. Aspek termasuk sejarah nama atau asal-usul kesenian, pakaian atau peralatan yang digunakan semasa upacara, individu yang membuat alatan yang berkaitan, pantang larang yang dipercayai oleh masyarakat, serta gambar yang berkaitan dengan upacara yang di jalankan.

Sejarah  Wayang Kulit

Wayang kulit merupakan sejenis teater tradisional yang sangat popular dalam kalangan penduduk  di Asia Tenggara. Wayang kulit dipercayai telah wujud sebelum kedatangan bentuk hiburan lain, selain itu wayang kulit ini merupakan sejenis bentuk hiburan yang menggunakan cahaya dan bayang. Bayang-bayang yang diperbuat daripada patung-patung kulit yang telah diukir dan menggunakan watak tertentu dalam menyampaikan bentuk cerita kepada penonton. Selain di Malaysia Wayang kulit turut popular di Negara lain seperti Indonesia dan Thailand. Terdapat di beberapa Negara yang lain seperti di Bali, Kemboja dan China, yang membezakan antara wayang kulit adalah kerana faktor budaya dan juga dialek.

 

Asal usul wayang kulit telah banyak diperkatakan. Rata-rata masyarakat mengatakan wayang kulit berasal dari Indonesia yang dibawa serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Namun bukti tersebut sukar untuk dibuktikan kerana tidak terdapat bukti yang kukuh mengenai pernyataan ini, namun berkemungkinan terdapat persamaan dari segi cerita yang sama dari nagara yang tersebut. Contohnya watak Ramayana dan Mahabrata. Wayang kulit juga dikatakan satu bentuk teater yang tertua di Asia dan dalam teater tradisional Melayu tradisional Greek dan Roman yang mempunyai kaitan dengan keagamaan.

 

Selain itu wayang kulit juga di persembahkan untuk menyampaikan hajat, kesyukuran kepada makhluk alam ghaib, semangat, puaka dan unsur alam yang lain. Masyarakat dahulu kebanyakannya mempercayai wayang kulit yang dipersembahkan bertujuan untuk menolak bala atau menentang sebarang penyebarang sesuatu penyakit yang di alami. Lazimnya  wayang kulit ini dipersembahkan dalam masyarakat Melayu bertujuan untuk melakukan upacara turun ke sawah bagi memanggil  semangat padi, namun telah mendapat pelbagai andain kerana wayang kulit ini hanya untuk hiburan semata-mata.

 

Menjadi amalan dan tradisi dalam masyarakat terdahulu dalam memulakan permainan wayang kulit. Amalan pembukaan panggung telah menjadi tradisi dan kemestian setiap kali membuat persembahan, upacara ini mengandungi unsur-unsur kepercayaan yang berasaskan animismie kerana pada masa itu masyarakat belum menerima ajaran agama.

Di Malaysia  wayang kulit di negeri Kelantan sangat popular. Wayang kulit Kelantan sering mendapat pujian serta mendapat sambutan dari masyarakat luar .Kampung Laut merupakan kampung tertua yang berada di Negeri Kelantan. Penyebaran agama Islam di percayai muncul di Kampung ini kerana adanya bukti penemuan Masjid Kampung Laut yang di sebarkan oleh Wali Songo. Kemunculan Wayang Kulit pada masa itu bertujuan untuk berdakwah dan bukan sekadar hiburan semata-mata penduduk kampung. Wayang Kulit sinonim dengan masyarakat Melayu Kelantan. Permainan Wayang kulit merupakan sebuah persembahan teater yang dilakonkan oleh patung, patung yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu lembu dan kambing.

 

Bagi pengamalkan wayang kulit, permainan wayang kulit sebenarnya merupakan satu unsur tasauf atau falsafah keislaman berdasarkan corak penggunaan kelir, pohon beringin, watak yang pelbagai, batang pisang dan peranan dalang itu sendiri. Apa yang perlu ditegaskan disini, NIAT dalang mestilah betul agar ia tidak mendatangkan keburukan dan syirik. Walaupun kita tahu, wayang kulit pada suatu masa dahulu pernah digunakan sebagai alat penyebaran agama islam di Jawa. Melalui proses evolusi dan perubahan nilai menyebabkan konsep wayang kulit itu sendiri bersifat.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan