Anak Gunung : Sebuah Puisi Dari Tanah Patani, Selatan Thailand.
Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan Disini dikemukakan sebuah puisi Melayu Patani bertajuk “Anak Gunung”. Puisi ini dimuatkan di dalam buku Antologi Sajak Sajak Tunas-Tunas Menguntum. Buku
ini diterbitkan pada Malam Kesusastraan Melayu 2 Tahun 1999 di Patani. Puisi “Anak Gunung”
ini dikarang oleh Nurma Yama.
Anak Gunung Biarpun dingin menggigil Terpaksa melepaskan selimut Embun kasar menghempas hak salju
Namun……………………… Kewajipan tetap berjalan Kedengaran nyanian jangkrik Dipadang kelabu Ayam jago mendendangkan lagu mardu Bergantian
Di balik dangau Dipinggir gunung Sayap terdengar air terjun
Semua……… Tidak kupeduli Mataku tetap menumpu Susu pekat bermutu Sumber kehidupan harian Walaupun harga merisaukan
Demi anak isteri Semua terus berjalan Beginilah risiko seorang ayah Dalam era ekonomi merosot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan