Ekonomi/Bisnis

Selasa, 4 Februari 2014

Institusi Pendidikan Pondok - Peranan dalam Mempertahankan identitas Melayu di Thailand Selatan

โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน   

บทคัดย่อเรื่อง Institusi Pendidikan Pondok - Peranan dalam Mempertahankan identitas Melayu di Thailand Selatan นี้ เป็นบทความวิชาการที่นายซาวาวี ปะดาอามีน เป็นผู้เขียนเพื่อเสนอในงานสัมมนาทางวิชาการในประเทศอินโดเนเซีย

Kajian ini bertajuk Institusi Pendidikan Pondok: Peranan dalam Mempertahankan Identitas Melayu di Thailand Selatan. Kajian ini fokus kepada provinsi Pattani di Thailand Selatan. Pengkaji telah mengenalpasti bahawa identitas Melayu Patani terbahagi kepada identitas agama, kebudayaan, bahasa, sejarah dan pondok. Setiap identitas mempunyai hubungan antara satu sama lain, dan identitas agama berfungsi sebagai teras kepada identitas-identitas lain. 

    Penduduk Melayu di Selatan Thailand adalah di antara etnik minoritas yang menerima tindakan dasar asimilasi dan integrasi daripada kerajaan yang seterusnya telah menggugat kelangsungan identitas Melayu Patani. 

Dalam situasi tersebut, pondok merupakan institusi utama yang amat berperanan dalam mempertahankan kemandirian identitas Melayu Patani.  Kesan terhadap identitas bahasa dapat dilihat dengan ketara kerana dasar kerajaan Thailand telah mewajibkan setiap warganegaranya belajar di sekolah rendah kerajaan. Dengan itu, penduduk Melayu generasi sekarang dapat berbahasa Thai dengan baik. Media massa, terutamanya televisyen amat memberi kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu. 

Begitu juga dengan identitas kebudayaan juga berlaku kerana proses penerimaan budaya asing. Ini adalah fenomena normal dalam masyarakat. Penduduk Melayu di Patani perlu berintraksi dengan penduduk majoritas negara, Peranan institusi pondok dalam mempertahankan identitas Melayu Patani dapat digambarkan melalui beberapa kegiatan yang dilakukan di institusi pondok dan kegiatan luar pondok yang wujud kerana berpunca daripadanya. Secara langsung institusi pondok mengajar ilmu agama yang merupakan teras identitas Melayu Patani. 

Di samping ilmu agama, ilmu bahasa Malayu juga diajarkan. Institusi ini juga melatih pelajarnya supaya dapat mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Walaupun institusi pondok tidak menekankan ilmu sejarah, namun begitu sistem pendidikannya dan suasana persekitarannya, terutama kesan-kesan bersejarah telah membantu menambah kesedaran terhadap identitas sejarah.   

Seandainya tiada institusi pondok di Thailand Selatan. Mungkin identitas Melayu termasuk bahasa Melayu dan sebagainya tidak dapat dipertahankan di  Thailand Selatan. Khususnya di provinsi-provinsi yang penduduk majoritasnya keturunan Melayu.  

* Tajuk artikel ilmiah ini diadaptasi dari tajuk asal Peranan Institusi Pendidikan Pondok dalam Mempertahankan Identiti Melayu di Selatan Thailand : Satu kajian di Provinsi Pattaniyang dijalankan di provinsi-provinsi dominan Melayu selama 1 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan