Ekonomi/Bisnis

Rabu, 31 Oktober 2012

Situasi Hari Raya Aidil Adha 1433 di Patani, Selatan Thailand.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Di Patani, yang dimaksudkan 3 wilayah Melayu di Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Yala(Jala) dan Wilayah Narathiwas (Kuala Menara). Pada saat sebelum Raya AidilAdha keadaan sangat genting. Kerana hari raya tersebut ditetapkan pada 26 Oktober 2012. Tetapi sebelum tarikh itu 24 Oktober adalah hari genap 8 tahun “trajedi Tak Bai” yang terkenal. Trajedi yang mengaut jiwa penduduk rakyat Melayu Patani seramai 85 orang.

Jadi, semasa penulis dan kawan sepejabat bertolak dari kampus universiti untuk ke Daerah Teluban di dalam Wilayah Pattani. Di kedua dua belah jalan penuh dengan kawalan pihak tentera dan polis Thailand. Kerana pihak kerajaan Thailand bimbang akan berlaku tembakan dan pengeboman di hari genap 8 tahun itu. Penulis dan kawan pergi ke rumah seorang guru agama di daerah tersebut untuk mengambil wang dari seorang guru agama Melayu Patani yang menetap di Kuala Lumpur. 
Sdr. Zawawee bersama Sdr. Abdullah Fathy Al-Fatany
Wang itu untuk membeli 2 ekor lembu qurban yang akan diadakan di sebuah kampung nelayan Melayu bersebelahan universiti. Tahun ini adalah tahun kedua yang pihak saya dan kawan dapat menyumbang lembu hasil dari wang orang Malaysia kepada kampung tersebut. Seletah kami berdua mendapat wang amanah qurban dari Malaysia. Kawan menghantar saya di Pekan Teluban untuk ke Pekan Narathiwas sebaliknya kawan terus pulang ke Pattani.
Peta kawasan penempatan orang Melayu dan orang Siam
Dalam perjalanan dari Pekan Teluban ke Narathiwas terdapat beberapa roadbock tentera dan polis di jalan tersebut. Setelah penulis sampai di kampung berdekat dengan kampong Bukit Tanjung dipinggir Pekan Narathiwas atau disebut orang Melayu tempatan dengan nama Pekan Menara. Kawasan kampung ini pada tahun 1909 masih terletak dalam negeri Kelantan. Tetapi pada tahun itu pihak british dengan Siam mengadakan perjanjian yang dinamakan Anglo-Siamese Treaty 1909. Perjanjian itu membataskan sempadan baru diantara Kelantan dengan Siam menyebabkan berlaku pertukaran kawasan diantara kedua dua pihak. Dan kampung-kampung orang Melayu Kelantan di kawasan yang disebut “A small corner Northeast of Kelantan” telah diserap ke dalam kawasan Wilayah Narathiwas.
Peta lama Kelantan kawasan Dearah Tak Bai (Taba) adalah jajahan Kelantan 
Pada hari rayapenulis telah pergi sembahyang raya di masjid di kampong itu. Keadaan pada hari raya ini diberitahu Imam masjid bahawa agak beza dari raya Aidil  Fitri. Kerana di raya Aidil  Fitri lebih meriah hampir semua warga kampung ini pulang. Tetapi pada hari raya Aidil Adha ini terdapat sesetengah warga tidak pulang ke kampung halaman. Menyebabkan jemaah sembahyang di masjid pada hari raya ini berkurangan jika dibanding dengan raya Aidil  Fitri. Walaupun begitu yang sering penulis pantau ialah kereta yang dibawa orang ke masjid. Setiap kali terlihat kereta plet Malaysia. Kerana terdapat sesetengah pada mereka kerja di Malaysia. Ini bukan hal yang mustahil kerana diantara mereka di kawasan ini dengan Kelantan adalah dua bersaudara. Patani dan Kelantan adalah abang dan adik. Kedua duanya berkongsi sejarah, bahasa, budaya dan sebagainya. Bukan sahaja di Daerah Tak Bai yang bersempadan dengan Daerah Tumpat, Kelantan, Malaysia yang wang Malaysia masih dipakai. Tetapi di Pekan Narathiwas juga wang Malaysia boleh dipakai di kebanyakan kedai untuk membeli barang keperluan harian.
Imam sedang membaca khutbat Sembahyang Raya Aidil Adha
Keadaan sebelum Imam membaca khutbat Raya Aidil Adha
 Setelah sembahyang raya Aidil Adha, pihak pengurusan masjid memberitahu bahawa mereka akan tunda pembinaan bangunan TADIKA selama seminggu kerana masih di dalam masa  raya Aidil Adha. Penulis sangat kagum dengan gotong royang pembinaan TADIKA ini dengan menggunakan tenaga sukarela dari orang kampung. Di Patani (Wilayah Pattani, Wilayah Yala @Jala dan Wilayah Narathiwas @Kuala Menara) peranan TADIKA adalah sangat penting sebagai badan mempertahankan jatidiri Melayu di wilayah-wilayah Melayu tersebut. di Patani agaknya berbeza dari Malaysia. Kerana di sini, TADIKA menjalankan aktiviti di hari sabtu dan ahad. Iaitu hari cuti di sekolah-sekolah rendah kerajaan. Maka pelajar sekolah-sekolah rendah itulah pelajar di TADIKA. Bukan pelajar sepenuh masa seperti  TADIKA di Malaysia.
 Bangunan Tadika yang didirikan atas usaha orang kampung.  
Setelah sembahyang raya Aidil Adha, terdapat sesetengah memberi wang saku kepada kanak-kanak seorang sebanyak 20 baht atau lebih kurang RM 2.  Dan pihak masjid juga letakkan meja untuk minuman dan makanan ringin supaya sesiapa dapat ambilnya.
Seorang wanita memberi wang 20 Baht kepada kanak-kanak
Kanak-kanak masih berpakaian Melayu dan Tub Arab
Setelah selesai sembahyang Raya Aidil Adha
Meja kuih dan biskut disediakan kepada semua orang
Seterusnya masing masing pulang ke rumah. Kerana sesetengah perlu menembelih lembu qurban. Dan daging diagih kepada orang orang kampung. Ini adalah sedikit gambaran tentang situasi hari raya Aidil Adha di sebuah kampong dipinggir Pekan Narathiwas. Walaupun beberapa kampung mungkin situasi berbeza dari kampung yang ditulis ini. Tetapi situasinya tidaklah sangat juah dari kampung dipinggir Pekan Narathiwas ini.
Dua wanita yang berkongsi bahagian dalam qurban
Sedang menjalankan tugas
Sedang menjalankan tugas
selesai berquran seekor lembu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan