Ekonomi/Bisnis

Isnin, 6 April 2009

Dr Mahathir kembali sertai Umno

Petikan : Berita Harian 5 April 2009



PUTRAJAYA: 'Selamat pulang ke pangkuan Umno' mengiringi penyertaan semula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan borang kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak selepas keluar dari parti hampir setahun lalu, di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Perdana Menteri ketika mengalu-alukan kemasukan semula Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mokhzani, berkata penyertaan semula Dr Mahathir ke dalam Umno akan memberi rangsangan yang amat kuat ke arah membantu usaha memulih dan mengukuhkan parti.

"Saya bagi pihak Umno mengalu-alukan keputusan Tun (Dr Mahathir) dan saya ucap selamat kembali ke pangkuan Umno," katanya.
Beliau berkata, kesediaan Dr Mahathir itu juga mengakhiri satu episod dalam parti dan pembuka tirai kepada hasrat untuk melihat pemimpin dulu dan sekarang bersama-sama menegakkan parti sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan negara.

Dato Sri Najib berkata, sebagai negarawan, Dr Mahathir akan dapat memainkan peranan yang bermakna dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya juga difahamkan Tun mengambil keputusan ini kerana Tun akan turun padang pada kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan Tun ingin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan