Khamis, 21 Mei 2015

PROFAIL KELAB SUARA MUDA, KELANTAN



PENGENALAN

KELAB SUARA MUDA merupakan sebuah kelab yang paling awal ditubuh dinegeri ini. Sebelum didaftarkan Kelab ini dinamakan PERSEKUTUAN SUARA MUDA. Pengasas-pengasas penting Persekutuan Suara Muda pada tahun 1936 ialah :

Tuan Hj. Ismail Bakti bin Hj Mohd Salleh sebagai Ketua (Gambar Dibawah)
dan
Tuan Hj Mahmood Bakti bin Hj Mohd Salleh sebagai Timbalan Ketua (Gambar Dibawah)








KELAB SUARA MUDA didaftar dengan rasmi nya melalui Undang-Undang Pertubuhan pada 4hb April 1938 dibawah heirarki kepimpinan Presiden-presidennya sebagaimana berikut :-



PRESIDEN-PRESIDEN                                             

1.  YBhg Dato' Hj Nik Abdullah bin Nik Hussin                               
(1938-1941)

2.  YM Tengku Kamarulzaman bin Tengku Ismail
(1941-1955)

3.  YBhg Dato' Hj Abdullah bin Mahmood                                      
(1955-1959)

4.   YBhg Tan Sri Dato' Hj Nik Daud bin Dato' Hj Nik Mat
(1959-1961)

5.   YBhg Dato' Ishak bin Abdul Hamid    
(1961-1982)

6.   YBhg Dato' Ahmad Nordin bin Wahab
(1982-1988)

7.   YBhg Dato' Hj Ayoub bin Zakaria       
(1988-1997)

8.   Tuan Hj Dr. Ezanee bin Dato' Isahak   
(1997-2003)

9.   Tuan Hj Zakaria bin Mohamad                                                  
 (2003-2007)

10.  Tuan Hj Hasshim bin Mohd Ali      
(2007-        )




















PENAUNG

Penaung asal ialah Allahyarham Tan Sri Dato' Hj Mohamad bin Yaacob, No. Ahli : 126 telah meninggal dunia pada 8 September 2009.



PENASIHAT

Penasihat KELAB SUARA MUDA ialah YBhg Tuan Hj Ahmad Shazilly bin Hj Ismail Bakti, (Gambar Dibawah) No. ahli : 738, anak kepada Pengasas Kelab, Tuan Hj Ismail Bakti bin Hj Mohd Salleh.



YBhg Tuan Hj Ahmad Shazilly bin Hj Ismail Bakti
Penasihat Kelab Suara Muda




MATLAMAT

Mengikut Undang-Undang Tubuh KELAB SUARA MUDA tujuan utama penubuhan Kelab diringkaskan sebagaimana berikut :

1.  Menggalakan dan memajukan bidang kebudayaan, kesenian bangsa, dan kesukanan dikalangan ahli-ahli.

2.  Berikhtiar memupuk semangat bersatu padu dikalangan semua ahli selaras kehendak semasa Negeri dan Negara.

3.  Pembangunan ekonomi kepada Kelab melalui kepelbagaian kegiatan-kegiatan ekonomi semasa.



PUSAT KESENIAN BANGSA


Selama lebih tujuh puluh tahun KELAB SUARA MUADA telah menganjurkan banyak aktiviti aktiviti kesenian bersejarah yang telah mengharumkan nama Negara.

Personaliti terkemuka seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah diantara ramai nama nama bersejarah yang telah bekerjasama untuk memajukan KELAB SUARA MUDA.

Tokoh tokoh tempatan seperti YM Tengku Nor Asiah, Primadona Mak Yong Khatijah Awang dan Pak Sein Keroncong turut menjayakan aktiviti kesenian melalui KELAB SUARA MUDA.

Gambar dibawah menunjukkan wajah bangunan lama KELAB SUARA MUDA yang telah digantikan dengan bangunan baru dan juga kunjungan tokoh tokoh kesenian tanah air termasuk Allahyarham P. Ramlee, AR Tompel dan Osman Gumanti.








LAGU SUARA MUDA

Sebuah lagu berjudul SUARA MUDA MACH telah dicipta oleh Zubir Said untuk memberi kekuatan dan semangat kepada ahli-ahli. Berikut disiarkan lirik dan nota muzik nya.








PENTADBIRAN

Pentadbiran harian KELAB SUARA MUDA dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Presiden Kelab, Tuan Hj Hasshim bin Mohd Ali. Berikut adalah senarai AJK Kerja sessi 2009-2011 :-


Presiden:                Hj Hasshim bin Mohd Ali

Naib Preiden:         Hj Wan Hussain bin Wan Abd. Rahman

Setiausaha:            Azman bin Mohd Daham 

Bendahari:             Ramli bin Hj Abdullah

Ahli:                      Nik Hashim bin Dato' Hj Nik Daud
                             (Ketua Sektor Keahlian)

Ahli:                      Hj Raja Harun bin Tuan Long Ahmad
                             (Ketua Sektor Agama dan Kebajikan)


Ahli:                      Hj Razali bin Abdullah
                             (Ketua Sektor Keluarga)

Ahli:                      Wan Bakar bin Wan Daud
                             (Ketua Sektor Rekreasi, Pelancungan dan Fotografi)

Ahli:                      Hj Ayub bin Abd Rahman
                             (Ketua Sektor Kesenian)

 Ahli:                     Hj Abdullah bin Sulaiman
                             (Ketua Sektor Tugas-Tugas Khas)

Ahli:                      Abdul Rahim bin Che Mat
                             (Ketua Sektor Belia dan Sukan)


Pelaksanaan pentadbiran pejabat dan bangunan, bawah arahan AJK Kerja KELAB SUARA MUDA dibantu oleh lima orang kakitangan tetap dan sepenuh masa. 

Tiada ulasan: