Ahad, 24 Mei 2015

Hubungan Pendidikan Turki dengan Dunia Melayu


Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Di Provinsi Pattani, Selatan Thailand terdapat sebuah sekolah agama yang dapat dana bantuan dari Turki. Sekolah tersebut mulai berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Ini adalah satu hubungan diantara Turki dengan Dunia Melayu khususnya masyarat Melayu Patani.
       Sebenarnya kerjasama dan hubungan di bidang Pendidikan diantara Turki dengan Dunia Melayu sudah wujud serratus tahun lepas. Untuk membuktikan kenyataan ini. Saya mengambil sebuah artikel dengan tujuk “Sejarah Pengiriman Pelajar Nusantara Ke Turki Abad ke 19 dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Kemerdekaan Indonesia”  yang di tulis oleh Achmal Junmiadi (Manajer Kuliah di Turki dan Founder Lembaga Pengkajian Indonesia Turki) dan disiarkan di laman “https://beritaturki.com”  Isi kandungannya adalah seperti berikiut :-
Potret 2 anak Nusantara asal Batavia dan Buitenzorg (Bogor) Jawa Ahmed dan Said yg bersekolah di Istanbul Turki Utsmani. Ottoman Archieve pada tahun 1900.

Dalam catatan manuskrip yang terdapat dalam buku Turki Utsmani – Indonesia relasi dan korepondesi berdasarkan dokumen Turki Utsmani yang diterbitkan oleh Hitay Holding 2017.Menjelaskan adanya korespondensi antara konsulat Turki di Batavia pada tahun 1889 tentang pengiriman pelajar jawa kepada kekaisaran Turki Utsmani di Istanbul. Dijelaskan status pelajar tersebut merupakan pelajar muslim untuk mengikuti jenjang Pendidikan Menengah – Tinggi terbaik di Turki terdapat hampir 20 pelajar yang dikirim notebene adalah para pelajar yang kebanyakan dikirim oleh organisasi Jamiat Kheir yang didirikan akhir abad 19 dan diakui secara resmi pada tahun 1901 oleh pemerintah hindia belanda di batavia.

Dokumen yang menjelaskan penerimaan pelajar dari Nusantara di Istanbul Turki tahun 1900.


Dokumen yang menjelaskan penerimaan pelajar dari Nusantara di Istanbul Turki tahun 1900. Konsulat Turki di Batavia tidak hanya mencoba aktif untuk meningkatkan hubungan antara penduduk di Batavia-Jawa dengan Turki Utsmani, tapi juga menyediakan kesempatan bagi anak-anak bangsawan nusantara untuk dikirim ke Istanbul untuk belajar disana. Dari tahun 1898 dan seterusnya, hampir dua puluh siswa belajar di bawah bantuan Kekaisaran Turki Utsmani di Sekolah seperti Asiret Mektebi (Sekolah Kekaisaran), Mulkiye Mektebi (Sekolah Menengah Kejuruan), Darussafaka (Sekolah Menengah Pertama Turki untuk anak yatim), dan Galatasaray High School
(Sekolah Menengah Atas)*.

Selanjutnya diperkuat dengan manuskrip catatan penerimaaan pelajar jawa Osman Efendi dan sayid Muhammad Abdullah Al Attas Efendi di jurusan ilmu politik perguruan tinggi imperial Turki Utsmani**.

Salah satu pelajar yang dikirim merupakan anak dari pendiri Jamiat Khair Sayid Ali bin Ahmad Muhammad Syahab merupakan lulusan akademi militer Turki di Istanbul yang kemudian hari menjadikan Jamiat Kheir sebagai organisasi pendidikan Islam modern pertama dinusantara yang mengadopsi sistem pendidikan Islam modern ala Turki Utsmani. Peran Jamiat kheir tidak hanya berhenti dalam mendidik kalangan keturunan arab dinusantara namun juga mendidik para kaum pribumi muslim jawa yang kemudian menjadi tokoh pembaharuan islam dan pergerakan nasional diantaranya adalah KH. Ahmad Dahlan pendiri Muhammadiyah dan juga H.O.S Tjokroaminoto pendiri Sarekat Islam***.

Mengutip pidato pembukaan Sri Sultan Hemengkubowono X pada Kongres Umat Islam Indonesia di Jogjakarta pada tahun 2015 menjelaskan “Pada tahun 1903 Jamiat Khair mengadakan Kongres Umat Islam di Batavia Sultan Turki mengutus Muhammad Amin Bey dalam kongres tersebut, hasil kongres menetapkan Haram Hukumnya setiap muslim tunduk terhadap pemerintahan Belanda”. Dari hasil kongres tersebut menjadikan patokan untuk semua organisasi yang didirikan oleh anggota Jamiat Kheir termasuk Sarekat Islam untuk menggagas Ide Zelf Bestur bentuk pemerintahan mandiri yang dikemudian hari akan diteruskan oleh Ir. Soekarnomurid didik H.O.S Tjokroaminoto dalam suksesi memerdekakan Indonesia ditahun 1945 dari kolonialisme Belanda.

Selain kutipan tentang manuskrip yang menjelaskan tentang pengiriman para pelajar nusantara ke Turki, tidak kalah pentingnya adanya manuskrip informasi mengenai fatwa jihad yang juga sampai di konsulat Turki di batavia pada tahun 1919 manakala ketika itu Turki Utsmani sedang menghadapi Perang Dunia 1 informasi tersebut juga sampai kepada komunitas Muslim di Jawa sehingga memperkuat alasan gerakan nasional kebangsaan untuk lebih aktif dalam mewujudkan cita cita melepaskan diri dari Kolonialisme belanda. Hal ini diperkuat dengan dibentuknya surat kabar Oetoesan Hindia yang berbahasa arab dan melayu aktif memberitakan informasi pro ottoman (Turki Utsmani) didirikan oleh anggota Jamiat Kheir pada 26 Januari 1913 melalui N.V Handel-Maatschappij Setija Oesaha bidang ekonomi Jamiat khair dalam bentuk percetakan surat kabar guna mendapatkan simpati yang lebih luas di dunia Internasional. Setija Oesaha didirikan di Surabaya oleh anggota Jamiat Kheir Muhammad bin Saleh bin Aqil dan kepengurusannya dipercayakan kepada H.O.S Tjokroaminoto yang menjabat sebagai direktur sekaligus menjadi pemimpin redaksi surat kabar Oestoesan Hindia.

Dibidang Politik, Jamiat Khair melibatkan diri dalam organisasi Sarekat Islam. Disamping itu kegiatan Jamiat Khair dalam masalah politik dapat dilihat dari hubungan mereka dengan negara muslim diluar Indonesia. Hubungan ini menunjukkan pula sikap mereka sebagai penduduk Hindia Belanda umumnya dan anggota Jamiat Khair khususnya, yang tidak sejalan dengan pemerintah kolonial belanda. Melalui perantara anggota jamiatul kheir inilah yang notebene memiliki jaringan kuat di timur tengah hingga Turki yang kemudian dimanfaatkan oleh Sarekat Islam dalam mendapatkan dukungan usaha perjuangan kemerdekaan Indonesia di dunia internasional khususnya Mesir yang kemudian kelak menjadi negara pertama yang mengakui kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia pasca proklamasi yang diproklamirkan oleh Ir. Soekarno melalui tokoh diplomasi berasal dari Sarekat Islam yang dipimpin oleh diplomat ulung K.H Agus Salim setelah wafatnya pendiri Sarekat Islam H.O.S Tjokroaminoto.

*Turki Utsmani-Indonesia Relasi dan Korespondensi berdasarkan dokumen Turki Utsmani. Hal 72-72, Hitay Istanbul 2017

**Opcit. Hal 461-476 Arsip 52.

***Jamiat Kheir Sejarah dan Perkembangannya, Edrus Alwi Al- Masjhoer Halaman 16 & 31, Jakarta


Khamis, 21 Mei 2015

Kelab Suara Muda, Kelantan salah satu kelab tertua di Malaysia.


Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Kelab Suara Muda, Kota Bharu, Kelantan tidak asing bagi kami, Nusantara Studies Center di Prince of Songkla University, Kampus Pattani, Selatan Thailand. Kerana setiap tahun pelajar Jurusan Pengajian Melayu di universiti ini melalui Nusantara Studies Center  akan hantar sekumpulan pelajar untuk mengadakan Program Latihan Industri selama 2 bulan di musim cuti Panjang.  Disini saya akan memperkenalkan Kelab Suara Muda :-

Pengenalan
KELAB SUARA MUDA merupakan sebuah kelab yang paling awal ditubuh dinegeri ini. Sebelum didaftarkan Kelab ini dinamakan PERSEKUTUAN SUARA MUDA. Pengasas-pengasas penting Persekutuan Suara Muda pada tahun 1936 ialah :

Tuan Hj. Ismail Bakti bin Hj Mohd Salleh sebagai Ketua (Gambar Dibawah) dan Tuan Hj Mahmood Bakti bin Hj Mohd Salleh sebagai Timbalan Ketua (Gambar Dibawah)

KELAB SUARA MUDA didaftar dengan rasmi nya melalui Undang-Undang Pertubuhan pada 4hb April 1938 dibawah heirarki kepimpinan Presiden-presidennya sebagaimana berikut :-
PRESIDEN-PRESIDEN 
                                   
1.  YBhg Dato' Hj Nik Abdullah bin Nik Hussin       (1938-1941)
2.  YM Tengku Kamarulzaman bin Tengku Ismail   (1941-1955)
3.  YBhg Dato' Hj Abdullah bin Mahmood           (1955-1959)

4.   YBhg Tan Sri Dato' Hj Nik Daud bin Dato' Hj Nik Mat  (1959-1961)
5.   YBhg Dato' Ishak bin Abdul Hamid    (1961-1982)
6.   YBhg Dato' Ahmad Nordin bin Wahab    (1982-1988)

7.   YBhg Dato' Hj Ayoub bin Zakaria      (1988-1997)

8.   Tuan Hj Dr. Ezanee bin Dato' Isahak   (1997-2003)
9.   Tuan Hj Zakaria bin Mohamad          (2003-2007)
10.  Tuan Hj Hasshim bin Mohd Ali    

(2007-        )

PENAUNG
Penaung asal ialah Allahyarham Tan Sri Dato' Hj Mohamad bin Yaacob, No. Ahli : 126 telah meninggal dunia pada 8 September 2009.

PENASIHAT
Penasihat KELAB SUARA MUDA ialah YBhg Tuan Hj Ahmad Shazilly bin Hj Ismail Bakti, (Gambar Dibawah) No. ahli : 738, anak kepada Pengasas Kelab, Tuan Hj Ismail Bakti bin Hj Mohd Salleh.

YBhg Tuan Hj Ahmad Shazilly bin Hj Ismail Bakti
Penasihat Kelab Suara Muda

MATLAMAT
Mengikut Undang-Undang Tubuh KELAB SUARA MUDA tujuan utama penubuhan Kelab diringkaskan sebagaimana berikut :

1.  Menggalakan dan memajukan bidang kebudayaan, kesenian bangsa, dan kesukanan dikalangan ahli-ahli.

2.  Berikhtiar memupuk semangat bersatu padu dikalangan semua ahli selaras kehendak semasa Negeri dan Negara.

3.  Pembangunan ekonomi kepada Kelab melalui kepelbagaian kegiatan-kegiatan ekonomi semasa.

PUSAT KESENIAN BANGSA
Selama lebih tujuh puluh tahun KELAB SUARA MUADA telah menganjurkan banyak aktiviti aktiviti kesenian bersejarah yang telah mengharumkan nama Negara.

Personaliti terkemuka seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah diantara ramai nama nama bersejarah yang telah bekerjasama untuk memajukan KELAB SUARA MUDA.

Tokoh tokoh tempatan seperti YM Tengku Nor Asiah, Primadona Mak Yong Khatijah Awang dan Pak Sein Keroncong turut menjayakan aktiviti kesenian melalui KELAB SUARA MUDA.

Gambar dibawah menunjukkan wajah bangunan lama KELAB SUARA MUDA yang telah digantikan dengan bangunan baru dan juga kunjungan tokoh tokoh kesenian tanah air termasuk Allahyarham P. Ramlee, AR Tompel dan Osman Gumanti.

LAGU SUARA MUDA
Sebuah lagu berjudul SUARA MUDA MACH telah dicipta oleh Zubir Said untuk memberi kekuatan dan semangat kepada ahli-ahli. Berikut disiarkan lirik dan nota muzik nya.

PENTADBIRAN
Pentadbiran harian KELAB SUARA MUDA dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Presiden Kelab, Tuan Hj Hasshim bin Mohd Ali. Berikut adalah senarai AJK Kerja sessi 2009-2011 :-

Presiden:                Hj Hasshim bin Mohd Ali

Naib Preiden:         Hj Wan Hussain bin Wan Abd. Rahman

Setiausaha:            Azman bin Mohd Daham

Bendahari:             Ramli bin Hj Abdullah

Ahli:                      Nik Hashim bin Dato' Hj Nik Daud
                             (Ketua Sektor Keahlian)

Ahli:                      Hj Raja Harun bin Tuan Long Ahmad
                             (Ketua Sektor Agama dan Kebajikan)


Ahli:                      Hj Razali bin Abdullah
                             (Ketua Sektor Keluarga)

Ahli:                      Wan Bakar bin Wan Daud
                             (Ketua Sektor Rekreasi, Pelancungan dan Fotografi)

Ahli:                      Hj Ayub bin Abd Rahman
                             (Ketua Sektor Kesenian)

 Ahli:                     Hj Abdullah bin Sulaiman
                             (Ketua Sektor Tugas-Tugas Khas)

Ahli:                      Abdul Rahim bin Che Mat
                             (Ketua Sektor Belia dan Sukan)


Pelaksanaan pentadbiran pejabat dan bangunan, bawah arahan AJK Kerja KELAB SUARA MUDA dibantu oleh lima orang kakitangan tetap dan sepenuh masa.

Jumaat, 1 Mei 2015

ประเพณีการแต่งงานแบบชวา

โดยนิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน
ประเพณีการแต่งงานของชาวชวานั้น มีความแตกต่างบ้างจากประเพณีการแต่งงานของชาวมลายู 

ขั้นตอนการแต่งงานของชาวชวาก็มีเฉกเช่นเดียวกันกับของชาวมลายู ชาวมีนังกาเบา นั้นคือ  

1. การสืบและการดูดวง ดูความเหมาะสม)
การสืบและการดูดวง ดูความเหมาะสม สำหรับขั้นตอนแรกนี้ ไม่เพียงเป็นประเพณีของชาวมลายูเท่านั้น แต่ยังเป็นส่วนหนึ่งของหลักในศาสนาอิสลาม เพราะเราจำเป็นต้องรู้สถานะของผู้ที่เราต้องการจะแต่งงานด้วย ในขั้นตอนนี้ทางฝ่ายผู้ชาย แม้จะรู้แล้วว่าสถานะของฝ่ายหญิงจะเป็นอย่างไรก็ตาม แต่ฝ่ายผู้ชายต้องส่งตัวแทนเพื่อไปพบครอบครัวฝ่ายหญิง เพื่อพบและสอบถามว่าฝ่ายหญิงมีเจ้าของแล้วยัง หรือว่าหมั้นหมายกับใครแล้วยัง 

2. การหมั้น
การหมั้น ถือเป็นขั้นตอนแรกของการแต่งงานในขนบธรรมเนียม ประเพณีของชาวชวา ปกติในขั้นตอนนี้ ฝ่ายชายจะนำแหวนหนึ่งวง เรียกว่า “cincin tanda” รวมทั้ง “tepak sirih” หรือเชี่ยนหมาก หนึ่งสำรับที่ประกอบด้วยหมาก พลู สีเสียด(Gambir) สำหรับเชี่ยนหมากนี้ จะเรียกอีกอย่างว่า “sirih meminang” ถ้าฝ่ายหญิงการทาบทามการหมั้น ฝ่ายชายจะยื่นเชี่ยนหมากนี้ให้แก่ฝ่ายหญิง สำหรับแหวน “cincin tanda” ถือเป็นแหวนที่ไว้สัญญาไว้
การหมั้นถือเป็นการยินยอมของทั้งสองฝ่าย ปกติตามประเพณีก็จะมีการกำหนดระยะเวลาของการหมั้น

2) การส่งค่าสินสอด การแต่งงาน ตามหลักศาสนาอิสลาม

สิ่งที่มีความแตกต่างจากพิธีการแต่งงานของชวาจากชนเผ่าอื่นๆ คือ
การจัดการเลี้ยงของชาวชวาจะมีถึง 3 ครั้ง นั้นคือ 

1. Kenduri Sinoman เป็นการจัดงานเลี้ยง หนึ่งอาทิตย์ก่อนการจัดงานแต่งงานใหญ่ 

2. Kenduri Kahwin Besaran เป็นการจัดเลี้ยงงานแต่งงานใหญ่ หรือเป็นการจัดเลี้ยงในวันที่มีการแต่งงานจริง

3. Kenduri Masari เป็นการจัดงานเลี้ยง หลังจากที่มีการจัดเลี้ยงวันแต่งงาน ถือเป็นการจัดเลี้ยงขอบคุณพระผู้เป็นเจ้าที่ให้งานแต่งงานได้สำเร็จ