Isnin, 13 Oktober 2014

Hubungan Etnik (Melayu-Siam) di Sempadan Thailand-Malaysia


Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Dalam artikel ini akan menggabungankan 2 kajian yang kedua - dua kajian ini ada kaitan dengan Melayu. Dan kedua-dua kajian ini berada dalam satu projek kajian tentang masyarakat Melayu Patani. Kajian ini dijalankan selama 2 tahun. Kajian pertama dengan tajuk “Melayu Patani: Etnik, Jatidiri dan Perubahan” dijalankan selama 1 tahun di ketiga tiga wilayah di Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Narathiwas dan Wilayah Yala.

            Metodologi kajian bagi kajian pertama dengan memilih 2 buah kampung Melayu di setiap satu wilayah yang jatidirinya berlainan iaitu jatidiri Melayu masih kuat dan satu lagi jatidiri lemah. Setiap kampong ditempatkan seorang pembantu penyelidik. Selain pembantu penyelidik ditempatkan di setiap kampung. Pihak penyelidik juga menjalankan “focus group” setiap kampung di universiti Prince of Songkla University, Kampus Pattani.
  
            Setelah kajian pertama telah tamat dan pihak penyelidik merumuskan hasil kajian. Pihak penyelidik juga mulakan kajian kedua dengan tajuk “Hubungan Etnik (Melayu-Siam) di Sempadan Thailand-Malaysia”. Dan hasil dari kajian pertama tentang Melayu Patani juga telah digunakan untuk kajian kedua.
  
            Kajian kedua dengan tajuk “Hubungan Etnik di Sempadan Thailand-Malaysia” Kajian ini fokus kepada hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat Siam atau masyarakat Thai. Kajian ini khusus kajian hubungan di Patani (Wilayah Narathiwas) Thailand dengan negeri Kelantan, Malaysia.  

           Kajian ini memilih 2 buah kampung Melayu, satunya terletak dalam Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwas, Thailand dan satu lagi terletak dalam Daerah Tumpat, Negeri Kelantan, Malaysia.  Kajian kedua ini juga memakan masa selama 1 tahun dengan pihak penyelidik menempatkan setiap satu kampung seorang pembantu penyelidik.
  
            Kedua-dua kajian ini dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian masalah konflik di Selatan Thailand. Wilayah-wilayah di Selatan Thailand khususnya wilayah-wilayah di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Narathiwas dan Wilayah Yala. Di wilayah-wilayah tersebut penduduk majoriti adalah penduduk keturunan Melayu.

            Setelah berlaku kekacauan di Selatan Thailand dengan berlaku konflik diantara masyarakat Melayu dengan pihak pemerintah Thailand. Kerajaan Thailand telah memberi sokongan untuk mengkaji masyarakat Melayu di Selatan Thailand. Kajian terhadap masyarakat Melayu yang dikenali dengan “Melayu Patani” itu supaya kerajaan dapat menyelesaikan masalah konflik tersebut.
                Peta Masyarakat Melayu Patani di Selatan Thailand
Kajian pertama tajuk “Melayu Patani : Etnik  Jatidiri dan Perubahan” bertujuan kajian ialah

1. mengkaji jatidiri Melayu Patani. 2. mengkaji proses asimilasi atau Siamisasi terhadap masyarakat Melayu Patani. 3. mengkaji cara mempertahankan jatidiri Melayu Patani. 4. mengaki kesan dari dasar asilimasi atau Siamisasi terhadap jatidiri Melayu Patani. 5. mengkaji kesan terhadap pertahanan  jatidiri Melayu Patani.

Setalah menjalankan kajian selama setahun. Pihak penyelidik telah menganalisis data, meninjau di setiap kampung yang diselidik. Satu pertemuan ialah kampung yang jatidiri Melayu masih kuat dan kebudayaan Melayu dihormati oleh warga Thai Buddhist. Penentangan masyarakat Melayu kepada pihak warga Thai Buddhist tidak begitu kuat. Sebaliknya kampung yang jatidiri Melayu lemah dan kebudayaan Melayu tidak dihormati oleh warga Thai Buddhist. Sebahagian dari warga kampung itu akan lebih menentang pihak warga Thai Buddhist.

Dalam kajian terdapat beberapa aktiviti tentang kebudayaan Melayu masih dijalankan seperti pakaian Melayu di Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Begitu juga dengan aktiviti pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah TADIKA, sekolah-sekolah agama.

Satu Pertemuan ialah Bahasa Melayu Diraja yang dipakai dikalangan kerabat Diraja Melayu Patani telah hilang. Kata-kata DiRaja seperti bersiram, santap, gering, berangkat tiba, berkenan, beradu tiada lagi dikalangan masyarakat kerabat Diraja Patani.

Kesimpulan kajian pertama terhadap etnik, jatidiri dan perubahan adalah seperti berikut:

Etnik Melayu, Masyarakat Melayu Patani masih menganggap mereka sebagai bangsa Melayu beragama Islam. Tetapi mereka mengakui bahawa mereka berwarganegara Thailand.

     Jatidiri Melayu,  terdapat 3 fakta yang menentukan Melayu Patani iaitu Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu dan Islam. Seperti apa pepatah Melayu menyatakan Melayu Adatnya, Melayu Bahasanya, dan  Islam agamanya. Perubahan Jatidiri Melayu, terdapat beberapa masyarakat Melayu Patani telah menerima kebudayaan warga Thai Buddhist seperti makanan ala Thai, cara hidup seperti orang Thai, berbahasa harian dalam bahasa Thai dan sebagainya.
  
Kajian kedua dengan tajuk “Hubungan Etnik di Sempadan Thailand-Malaysia” ini bertujuan seperti berikut:        1. mengkaji hubungan etnik diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani. 2. mengkaji proses asimilasi kebudayaan diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani. 3. mengkaji penerimaan kebudayaan bersama diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani. 4. mengkaji kerjasama diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani  didalam bidang politik dan pentadbiran. 5. mengkaji kerjasama diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani  didalam bidang pendidikan. 6. Mengkaji hubungan etnik di sempadan  Malaysia-Thailand terhadap impak keselamatan kedua-dua Negara.

            Dari hasil kajian pertama ini juga telah dapat fakta tentang jatidiri Melayu dan beberapa maklumat untuk menuju ke kajian kedua. Dalam kajian kedua tentang hubungan etnik di sempadan kedua-dua Negara dengan khusus kepada negeri Kelantan dan Wilayah Narathiwas. Di Wilayah Narathiwas, baik di kampong masyarakat Melayu dan masyarakat keturunan Siam pihak penyelidik tiada masalah menjalankan kajian.

        Sebaliknya terdapat beberapa masalah kajian kedua, lebih lebih lagi di Daerah Tumpat, Negeri Kelantan. Kerana fakta politik diantara Parti UMNO dan Parti PAS juga menyebabkan pihak penyelidik agak sulit dalan menjalankan kajian.

            Dengan menempatkan pembantu penyelidik di semua kampong yang dijalankan kajian selama satu tahun. Di sini Penulis akan lebih fokus kepada hubungan etnik diantara Melayu Patani dengan Thai Buddhist di Wilayah Narathiwas. Hubungan etnik diantara masyarakat Melayu Patani dengan masyarakat Thai Buddhist di Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwas ialah :

       Hubungan Etnik melalui bahasa
       Pergaulan diantara kedua-dua etnik menyebabkan kedua-dua etnik menerima kata-kata dari satu kaum kepada satu kaum seperti penerimaan kata kata Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Thai tempatan.

          Kata-kata Bahasa Melayu dalam Bahasa Thai tempatan.

Bahasa Melayu Baku   Bahasa Melayu Patani    Bahasa Thai tempatan      
     Jagong                            jagong                        khong
    Jambu                             jamu                          jamu
    Sawa (buah)                     Sawo                          Sawa
     Petai                               Peta                           Peta                         Cermat                           Cermak                       Cemak
     Rasa                               Raso                           Rasa, Sa
     Belacan                          Belace                         Becan
     Pandan                          Pane                            Kenan
     Musang                          Muse                           Musang
     Panggang                        Pange                          Pangang
     Janji                               janyi                            canci
     Timba                            Timo                           Tima                         Kercut                            Kercuk                        Kecut
     Apam                             Ape                            Pam
     Cucur                            Cuco                            Con
     Tuak (air nira)                 Tuwok                          Tawak
     Selut                             Seluk                            Lut     
     Tembakau                      Tebaka                         Bekau

kata kata Bahasa Thai tempatan dalam Bahasa Thai tempatan.

Kata kata Bahasa Thai yang diserap ke dalam Bahasa Melayu Patani ini telah diubahsuai dengan dialek Melayu Patani sehingga kata-kata tersebut kurang faham atau tidak faham oleh masyarakat Thai Buddhist

Bahasa Thai              Bahasa Melayu Baku       Bahasa Melayu Patani

Kamkan                    Ahli Jawatan Kuasa          Kamke

Thammada                Biasa                             Thamada

Rong-phak                 Balai Polis                      Lo-phak
Thoratat                    Televisyen                    Thoratak
 Charachorn               Trafik                           Charachorng
 Khru                         Guru                            Khru
 Tahan                       Askar                           Tahang
 Thanakhan                 Bank                           Thanakhang

Thesban                     Majlis Perbandaran       Thesbang
Phan-rong                  Tukang kebun               Pha-rong
Samian                      Setiausaha                   Samiang
Baeb                          Fesyen                        Baek
Phim                         Cetak                           Phing
Plad Amphoer            Penulong Pegawai Daerah  Belak Aphoe
Aiyakarn                     Pendakwa raya              Ayok-kae
Kaset                         Pertanian                      Kasek
Thorasap                   Talipon                         Thorasak
  
Hubungan Etnik melalui perkahwinan campur
Perkahwinan diantara kedua-dua etnik akan dijalankan dengan pihak bukan beragama Islam akan memeluk agama Islam. Terdapat beberapa kes perkahwinan campur diantara kedua-dua etnik.

Satu Pertemuan yang sangat menarik dalam perkahwinan yang berlaku di sesama etnik di kampung yang dikaji ialah jika perkahwinan itu berlaku di kampung masyarakat Melayu. Pihak masyarakat Thai yang hadir dalam jamuan perkahwinan itu tidak ada masalah dengan makanan yang disediakan oleh masyarakat Melayu.

Sebaliknya jika  perkahwinan itu berlaku di kampong masyarakat Thai Buddhist, pihak masyarakat Thai Buddhist akan menyediakan makanan yang dimasakkan oleh orang Melayu dan pinggang mangkuk juga disedia dari masyarakat Melayu.
  
        Hubungan Etnik melalui Politik
Sistem pentadbiran Thailand, di peringkat bawah sekali ialah Badan Pentadbiran Mukim. Pentadbir terdiri dari Pengerusi dan Timbalan Badan Pentadbiran Mukim dan ahli Badan Pentadbiran Mukim sebanyak 2 orang setiap kampung. Pentadbir mukim ini melalui pemilihan raya oleh penduduk setempat. Dengan itu ahli politik baik dari kalangan Melayu ataupun Thai Buddhist Perlu bekerjasama untuk mendapat kuasa dalam pentadbiran badan tersebut.

       Hubungan Etnik melalui Perniagaan
Masyarakat Melayu Patani yang berjiran dengan masyarakat Thai Buddhist seperti kampung yang dikaji telah mempunyai hubungan yang sangat lama. Didapati kedua-dua kampung saling bantu membantu. Mengikut kajian, kampung Melayu yang terletak ditepi pantai dan kampung Thai Buddhist jaug sedikit dari pantai. Kampung Melayu dizaman dulu menjalankan aktiviti penangkapan ikan. Sebaliknya kampung  Thai Buddhist menjalankan aktiviti pertanian. Kedua-dua kampung akan tukar menukar barangan masing-masing.

Pada saat sekarang terdapat sebuah pasar di sebuah kampung Melayu yang dikaji. Setiap hari Ahad pasar ini akan menjalankan aktiviti. Para penjual dan pembeli terdiri dari penduduk kampung Melayu dan Kampung Thai Buddhist di sekitar itu.

Dari kesimpulan kajian ini didapati penduduk Melayu dan penduduk Thai Buddhist tiada masalah hubungan etnik diantara mereka. Kerana hubungan baik ini telah berjalan semenjak dulu lagi. Tetapi kepenting politik di luar kampung-kampung yang menular masuk ke kampung-kampung, baik dari golongan tertentu dan pihak kerajaan menyebabkan situasi keruh berlaku di beberaa tempat. Dengan mengambil beberapa contoh dari kajian inilah akan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara etnik di Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Wilayah Narathiwas.

Hubungan etnik diantara masyarakat Melayu di Negeri Kelantan, baik di peringkat negeri dan peringkat rakyat perlu menjadi contoh untuk menjalankan beberapa aktiviti hubungan etnik di kalangan masyarakat Melayu Patani dengan masyarakat Thai Buddhist.

Terima kasih.

Tiada ulasan: