Ahad, 29 Ogos 2010

Kongres India Muslim Malaysia sertai UMNO

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) atau Malaysian Indian Muslim Congress ialah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 untuk menwakili kaum minoriti India Muslim. KIMMA pernah dibatalkan pendaftarannya sebanyak dua kali pada 1978 & 1998 sebelum didaftar balik semula.[1] Ahli KIMMA hampir kesemuanya dalah terdiri dari kaum minoriti India Muslim.

Gabungan Politik
KIMMA mendakwa 80,000 menjadi ahli KIMMA di seluruh negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) semenjak 1984 lagi. Namun penyertaan ini perlu mendapat sokongan daripada kesemua parti komponen terutama Kongres India Se-Malaysia (MIC) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana ahli KIMMA mungkin juga berasal dari MIC atau UMNO. Penyertaannya telah mendapat tentangan hebat daripada MIC. [2]. Kemusykilan status orang India Muslim bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga menjadi sekatan kepada bantahan penyertaannya sehingga mendorong KIMMA sanggup meluluskan usul tuntutan orang India Muslim diberi status Melayu dan sanggup untuk menerima parti KIMMA dijadikan sebagai gabungan UMNO untuk menjadi sebahagian dari BN walaupun ianya dianggap mustahil.[3] [4]

KIMMA juga pernah menjadi sebahagian daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) gabungan parti-parti pembangkang Islam iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), pada tahun 1990 yang berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan walaupun KIMMA tidak bertanding sebarang kerusi di dalam pilihan raya umum masa itu.

[sunting] Krisis Kepimpinan
Pada tahun 2008, kemelut kepimpinan melihat Timbalan Presidennya, Amir Amsa Alla Pitchay yang dipecat dari KIMMA oleh Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader, mendakwa dirinya presiden dan mencadangkan pergabungan KIMMA dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen BN.[5]

Pada 2009 pula sekali lagi krisis dalaman melihat KIMMA mempunyai 2 presiden setelah mesyuarat agungnya yang ke-33 dipertikaikan kesahihannya serta Mohd Fazil William Abdullah, pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan disingkir

Rabu, 25 Ogos 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)


Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.
x